Tuesday, December 2, 2008

Perbincangan dari segi Agama Islam tentang Melamine

Agama yang dipilih oleh kumpulan kami ialah Islam dan Budhisme. Islam bererti Allah memberi sejahtera atau selamat melalui wahyuNya kepada Muhammad. Islam merupakan agama yang mementingkan peribadatan dan penyembahan terus kepada Allah tanpa perantaraan. Terdapat 3 asas utama agama Islam iaitu Aqidah, Syariah dan Akhlak. Aqidah bermaksub semua orang Islam mempercayai bahawa Tuhan hanya satu, iaitu Allah dan tiada Tuhan yang lain. Undang-undang atau rujukan bagi semua urusan dan kehidupan seharian, social, jenayah, ekonomi, cara beribadah dan sebagainya merupakan Syariah.

Dari aspek agama Islam, Syarikat San Lu adalah tidak wajar kerana menggunakan melamine dalam produk susu yang menyebabkan kematian. Mereka seharusnya menjalankan urusan perniagaan mereka berpandukan agama mereka seperti mana yang diamalkan oleh orang Islam. Akhlak atau tingkahlaku pula menyatakan bahawa setiap perbuatan seseorang hendaklah dilakukan seperti diperhatikan dan diawasi oleh Allah. Jesteru itu, akhlak yang baik akan dilahirkan dan dipupuk dalam jiwa seseorang. Dengan ini, setiap manusia atau syarikat akan takut dan malu untuk melakukan kejahatan. Agama Islam tidak mengizinkan sesiapa mencederakan makhluk lain, tetapi Syarikat San Lu mencampurkan melamine ke dalam produk susunya demi mengaut keuntungan lumayan tanpa menghirau kesihatan pengguna dan membahayakan mereka.

Dari perspektif agama Islam, etika perniagaan bermaksud berniaga dengan menjagakan adab, peraturan dan kepentingan bersama. Etika perniagaan terdapat banyak ciri yang baik dari sudut pandangan Agama Islam seperti berniaga dengan jujur, tidak mementingkan diri sendiri, menjual barang yang halal sahaja, tidak memonopoli, tiada unsur judi, riba, meragukan atau perkara merugikan sebelah pihak dan lain lain.

Jujur merujuk kepada seorang peniaga atau sebuah perniagaan tidak akan menipu para pelanggan mereka. Mereka mesti memberitahu para pelaggan mereka tentang produk atau barangan mereka dan menyatakan kekurangan produk atau barangan jika ada, sebaliknya tidak menyembunyikannya. Contohnya, peniaga yang jujur hanya menjual produk atau barangan yang halal dan yang baik sahaja dan tidak akan menjual sesuatu yang sudah rosak atau sudah tidak boleh dipakai lagi tanpa pengetahuan pembeli. Syarikat San Lu tidak sepatutnya mencampurkan bahan kimia yang beracun ke dalam produk mereka kerana jika makanan yang mengandungi melamine dimakan secara berterusan, ia boleh memudaratkan nyawa seseorang dan membawa maut. Ini menunjukkan Syarikat San Lu tidak jujur kerana menyembunyikan bahan kimia melamine dari pengetahuan pelanggan.

Selain itu, seorang peniaga atau setiap perniagaan tidak harus mementingkan diri sendiri. Seorang peniaga atau sebuah perniagaan yang baik bukan sahaja mahu keuntungan semata-mata. Hakikatnya berniaga adalah salah satu cabang usaha yang mulia kerana ia memenuhi kehendak dan keperluan manusia. Dari asas kefahaman itu, usahawan atau peniaga yang beretika kenalah lebih mementingkan kesenangan orang lain. Ini tidak bermakna tidak perlu untung jika beretika, tetapi selain mendapat keuntungan, para pelanggan juga mendapat manfaat yang baik daripada produk atau barangan yang dijual tersebut. Syarikat San Lu tidak harusnya mementingkan kepentingan mereka sahaja dengan mengaut keuntungan yang lumayan tetapi juga memberi perhatian pada kepuasan pelanggan. Mereka hendaklah berniaga dengan lebih bertanggungjawab dan berdasarkan undang-undang perniagaan dan bukan dengan menambahkan melamine ke dalam produk susu mereka.

Menjual barangan yang halal sahaja juga harus diperhatikan oleh semua perniagaan dan peniaga. Salah satu aspek yang diutamakan di dalam Islam ialah menjual produk atau barangan yang bermanfaat, bersih atau dalam bahasa yang mudah, bukan sesuatu yang membahayakan. Halal ini bukan hanya untuk orang Islam semata-mata, tetapi ia amat sesuai untuk semua manusia di dunia ini kerana ia menjaga manusia daripada kemelaratan diri dan jiwa. Maka, para peniaga yang beretika perlulah menjual atau meniagakan sesuatu yang bermanfaat sahaja dan jangan sesekali melibatkan diri dengan perniagaan yang haram di sisi Agama. Contohnya menjual dadah, barangan curi, makanan yang jelas diharamkan oleh Agama dan apa sahaja yang membahayakan para pembeli. Syarikat San Lu menjual produk susu yang tidak halal kerana mencampurkan bahan yang tidak halal ke dalam produk susunya yang boleh membawa maut kepada pengguna.

No comments: