Tuesday, December 2, 2008

Pandangan dari segi Eksistensialisme tentang Melamine

Teori Eksistensialisme diperkenalkan oleh Ahli falsafah Eksistensialisme yang bernama Soren Kierkegaars, Martin Heidegger, Karl Jaspers, Gabriel Marcel dan Jean Paul Sartre. Jean Paul Sartre ialah tokoh falsafah yang dianggap paling terkenal dengan falsafah Eksistensialisme. Beliau mengemukakan hujah mengenai eksistensialisme dalam bukunya “ Being and Nothingness”. Teori ini juga dikenali sebagai etika situasi. Etika situasi menilai sesuatu perbuatan sama ada wajar atau tidak wajar berdasarkan penilaian situasi atau keadaan pada waktu tersebut.

Berdasarkan teori Eksistensialisme, tindakan Syarikat San Lu di Negara China mencampurkan bahan kimia melamine ke dalam produk susunya demi mengaut keuntungan yang lebih adalah tidak wajar jika dinilai dari perspektif pengguna-pengguna produk susu Syarikat San Lu. Ini kerana syarikat tersebut cuma mementingkan faedah sendiri tanpa berfikir terlebih dahulu kesan tindakanya yang akan menjejaskan kesihatan orang lain serta membuat pilihan dan keputusan yang tidak bermoral walaupun dikatakan mereka bebas untuk melakukan sebarang tindakan yang mereka rasa wajar.

Menurut pendapat teori pertama yang mengatakan bahawa tokoh falsafah Sartre tidak mempercayai tuhan, jadi Syarikat San Lu bebas melakukan apa sahaja yang dianggap betul dan sesuai dengan keadaan pada waktu tersebut. Oleh itu apa yang dilakukan adalah bergantung kepada Syarikat San Lu tersebut dan peraturan atau hukum yang ditetapkan oleh agama adalah tidak perlu. Walaupun demikian, tindakan Syarikat tersebut yang menambahkan bahan kimia melamine ke dalam produk susu yang boleh memudaratkan nyawa dan membawa maut seseorang yang tidak berdosa telah menimbulkan kemarahan masyarakat terhadap syarikat tersebut. Tindakan mereka tidak boleh dimaafkan kerana semata-mata hendak mengaut keuntungan telah menyebabkan mangsa terlibat dalam keadaan kesakitan atau kedukaan.

Selain itu teori Eksistensialisme juga mengatakan manusia bebas melakukan apa sahaja yang difikirkan wajar pada waktu tersebut dan tidak perlu mengikut sebarang peraturan. Begitu juga Syarikat San Lu bebas melakukan perbuatan yang dianggap wajar dan tidak perlu mengikut sebarang peraturan.Tetapi Syarikat tersebut tidak berfikir secara teliti tentang cara yang mereka hendak melakukan untuk mengaut keuntungan adalah bermoral atau tidak. Oleh itu, Syarikat San Lu perlu bertanggungjawab atas setiap perbuatan yang dilakukan serta peniaga haruslah menggunakan kebebasan yang sepenuhnya untuk mendapatkan fakta yang tepat berhubung dengan situasi moral yang dihadapinya dan mengambil tindakan yang wajar. Akhirnya adalah terpulang kepada peniaga sendiri untuk membuat pilihan dan keputusan sama ada perbuatan tersebut bermoral atau tidak.

Di samping itu, teori Eksistensialisme juga menyatakan bahawa manusia bebas untuk membuat keputusan berdasarkan situasi. Oleh sebab itulah, manusia mesti sentiasa memilih dan menilai berdasarkan kesesuaian waktu. Syarikat San Lu haruslah berfikir terlebih dahulu tindakannya samaada membawa kebahagiaan atau kesakitan kepada pengguna-pengguna produk syarikatnya. Selain itu juga memikirkan teknik yang sesuai untuk syarikatnya mengaut keuntungan dan mengembangkan syarikatnya berdasarkan kesesuaian waktu.

Kesimpulannya, tindakan Syarikat San Lu yang mencampurkan bahan kimia yang beracun, melamine ke dalam produk susunya demi mengaut keuntungan yang lebih adalalah tidak wajar kerana perbuatan Syarikat San Lu yang tidak berfikir terlebih dahulu membawa banyak penderitaan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dalam kes ini.

No comments: