Teori utilitarianisme dikenali sebagai Konsep Utiliti atau Prinsip Kebahagiaan Terbanyak. Kesan perbuatan yang menghasilkan keseronokan, faedah dan kebahagiaan kepada majoriti orang ramai akan dianggap sebagai tindakan bermoral dan dibenarkan. Sebaliknya, jika menghasilkan kesakitan atau penderitaan akan dianggap tidak bermoral. Teori ini mengutamakan kebahagiaan pihak majoriti sebaliknya kedukaan yang dihadapi oleh minoriti tidak akan dihiraukan. utilitarianisme ialah memilih sesuatu tindakan yang boleh menghasilkan kebaikan, keseronokan atau kegembiraan yang maksimum ke atas sebanyak mungkin orang yang terlibat. Tokoh falsafah yang merumuskan teori utilitarianisme ialah Jeremy Bentham pada tahun 1748 hingga 1832 dan teori tersebut dikembangkan secara lebih luas oleh John Stuart Mill pada tahun 1806 hingga 1873.
Berdasarkan teori ini, tindakan Syarikat San Lu di Negara China mencampurkan bahan kimia yang beracun, melamine ke dalam produk susunya demi mengaut keuntungan yang lebih adalah tidak wajar. Teori tersebut mengatakan seseorang mestilah mengkaji and berfikir terlebih dahulu akibat atau kesan perbuatannya semasa hendak melakukan sesuatu. Jika hasil perbuatanya boleh memberikan faedah atau kebaikan kepada majoriti atau semua orang, perbuatan yang dilakukan akan dianggap wajar dan bermoral. Perbuatan Syarikat San Lu yang menghasilkan kesakitan dan penderitaan kepada majoriti orang yang tidak bersalah dapat dibuktikan bahawa Syarikat San Lu tidak berfikir terlebih dahulu akibat tindakan mereka terhadap pengguna produk Syarikat San Lu dan tujuanya adalah semata-mata hendak mengaut keuntungan yang lebih tanpa mengambil berat keselamatan pengguna yang menpercayai produk syarikatnya. Di samping itu teori ini membenarkan melakukan perkara yang tidak baik kepada minoriti jika ianya bertujuan mengelak atau menyekat sesuatu yang lebih buruk berlaku kepada majoriti orang. Dalam kes Syarikat San Lu di Negara China mencampurkan bahan kimia yang beracun, melamine ke dalam produk susunya demi mengaut keuntungan yang lebih. Hasil perbuatannya bukan sahaja tidak memberikan sebarang faedah atau kebaikan kepada majoriti, malah akan menbahayakan nyawa mangsa-mangsa yang tidak berdosa demi mementingkan keuntungan syarikat tersebut.
Selain itu teori utilitarian sangat mementingkan perasaan orang ramai oleh itu meminimumkan kesakitan dan memaksimumkan keseronokan kepada majoriti dianggap sangat penting. Ini disebabkan mereka berpendapat manusia secara semulajadinya menyukai keseronokan dan membenci kesakitan. Tindakan Syarikat San Lu menjejaskan pandangan dan kepercayaan majoriti terhadap produk-produk yang diimport dari china serta juga menimbulkan kemarahan masyarakat terhadap perniaga yang keji demi keuntungan. Malah, perbuatan tersebut telah mengambil nyawa kanak-kanak yang masih kecil dan tidak bersalah. Oleh itu kerajaan China harus mengambil tindakan secepat mungkin terhadap Syarikat San Lu yang harus menerima hukuman yang berat atas perbuatanya demi menanggung kesalahan yang berlaku dan juga untuk mendamaikan kemarahan masyarakat terhadap skandal susu yang telah berlaku.
Menurut teori utilitarianisme, kesan perbuatan setiap perkara yang hendak dibuat sama ada membawa kebaikan atau keburukan itu sudah boleh diukur dan diketahui. Bagi tujuan ini, tokoh falsafah teori utilitarinisme yang bernama Jeremy Bentham telah meghasiklan satu cara untuk mengukur jumlah kesakitan dan keseronokan yang akan diperolehi seseorang apabila melakukan sesuatu perbuatan. Cara tersebut dinamakan ‘kalkulus hedonik’ Syarikat San Lu yang melakukan perbuatan yang tidak bermoral ini akhirnya diketahui oleh masyarakat walaupun Syarikat San Lu telah mengambil tindakan untuk menyembunyikan rahsia ini. Kesan keburukan yang dibawa oleh kes ini telah melibatkan majoriti mangsa kanak kanak yang naif dan tidak berdosa. Selain itu, hal ini juga telah menyebabkan ibu bapa yang terlibat berada dalam situasi kerisauan tentang kesihatan anaknya apabila mengetahui produk susu Syarikat San Lu mengandungi melamine.
Kesimpulannya, tindakan Syarikat San Lu yang mencampurkan bahan kimia yang beracun, melamine ke dalam produk susunya demi mengaut keuntungan yang lebih adalah tidak wajar kerana kesan perbuatanya tidak membawa sebarang faedah dan kebahagiaan kepada majoriti orang ramai malah menghasilkan kesakitan dan penderitaan kepada mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment