Asas agama Buddha merupakan sesuatu yang tidak kekal dan saling bergantung antara satu sama lain serta melakukan kebaikan dan menjauhi dari segala kejahatan dan menjernihkan hati. Setiap Buddhis digalakkan untuk mengikuti cara kehidupan seperti yang dinyatakan dalam Jalan Lapan Lapis Mulia yang diajar oleh Buddha. Jalan Lapan Lapis Mulia ini boleh diibaratkan sebagai peta jalan seseorang insan. Jalan Lapan Lapis Mulia terdiri daripada kefahaman benar, pemikiran benar, kata-kata benar, tingkahlaku benar, usaha benar, kehidupan benar, kesedaran benar dan meditasi benar. Ia merupakan prinsip- prinsip panduan dalam kehidupan kita. Segala nasihat dan bimbingan praktikal yang diberikan oleh Buddha dalam Jalan Lapan Lapis Mulia. Usaha menghapuskan konflik yang disebabkan oleh ketidakpuasan dalam kehidupan boleh didapati di sini. Kehidupan setiap insan akan penuh dengan ketenteraman dan kebahagiaan sekiranya mengikut Jalan Tengah ini. Tindakan yang berlebihan atau terlalu kurang ialah tindakan yang jahat, salah dan buruk. Syarikat San Lu telah melakukan perbuatan yang tidak wajar, ia sepatutnya mengikut jalan tengah untuk melaksanakan segala tugas, bukannya melakukan tindakan yang berlebihan dengan mencampurkan bahan kimia ke dalam produk mereka yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.
Dalam kes tersebut, Syarikat San Lu tidak mengamalkan kefahaman benar. Kefahaman benar merujuk kepada pemahaman yang betul terhadap sesuatu terutamanya kehidupan. Setiap orang harus mempunyai sikap ingin tahu dan kritikal sebab manusia mudah dipengaruhi oleh pelbagai jenis idea, pendapat, pandangan yang baik dan buruk. Manusia juga mudah dikeliru dengan tayangan filem, video, televisyen, radio dan gambar-gambar menarik yang boleh menyebabkan ia terbabas dari jalan yang benar dan pemahaman yang betul. Syarikat San Lu sepatutnya membuat penyelidikan terlebih dahulu dan seharusnya membuktikan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk memproses produk adalah halal. Pihak-pihak San Lu tidak sepatutnya menjalankan perniagaan yang mengaut keuntungan tanpa pandangan yang betul. Mereka harus faham bahawa nyawa manusia adalah sesuatu yang tidak ternilai dan tidak boleh ditamatkan dengan sewenang-wenangnya.
Aspek lain yang tidak diamalkan oleh Syarikat San Lu ialah pemikiran benar iaitu perkembangan dari kefahaman benar dan bermaksud fikiran yang betul, tiada niat jahat dan tidak akan menyakitkan hati orang lain. Fikiran yang betul memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seseorang kerana semua kelakuan atau pertuturan yang dibuat oleh seseorang akan berdasarkan pemikirannya sama ada pertuturan atau perlakuan yang baik atau buruk. Pihak-pihak dari Syarikat San Lu seharusnya mempunyai pemikiran yang betul, malah bukannya berniat jahat untuk memikirkan cara-cara yang mengaut keuntungan sehingga mengabaikan nyawa pengguna. Pihak-pihak San Lu mesti bertindak dengan mengambil kira nyawa pengguna dan tidak cuba mencederakan pengguna.
Kelakuan moral seterusnya ialah tingkahlaku benar dari Jalan Lapan Lapis Mulia yang tidak diamalkan oleh Syarikat San Lu. Tingkahlaku benar menunjukkan setiap individu harus tahu apa yang sepatutnya dilakukan dan dielakkan. Ia sangat penting kerana memberikan keselamatan, kedamaian dan menghapuskan kebimbangan pihak yang lain termasuklah menghormati dan menghargai nyawa orang lain. Syarikat San Lu sepatutnya mengelakkan daripada perbuatan yang akan mencedera dan mengambil nyawa pengguna. Pihak San Lu mengetahui melamine merupakan bahan kimia yang beracun dan akan menjejaskan kesihatan, mereka sapatutnya menghalang dan memgelakkan melamine digunakan dalam proses pembuatan susu.
Mencari nafkah tanpa mendatangkan keburukan kepada makhluk lain merujuk kepada usaha benar. Ia juga merupakan amalan dan kelakuan moral yang tidak diamalkan oleh pihak-pihak Syarikat San Lu. Mereka mempunyai fikiran yang tidak suci kerana bersifat tamak dan produk susu mereka mengandungi melamine yang mendatangkan keburukan dan menjejaskan kesihatan pelanggan mereka. Usaha benar melarang perbuatan tersebut kerana ia bertentangan dengan prinsipnya. Syarikat San Lu tidak harus mencari keuntungan dengan cara ini dan mesti menghalang timbulnya fikiran yang tidak suci.
Kesedaran benar menjelaskan setiap individu mesti sedar tentang apa yang dilakukan setiap masa sama ada kelakuan, pertuturan atau fikiran. Ia amat diperlukan dalam kehidupan kita. Kita mesti selalu berwaspada terhadap perkara-perkara yang berlaku di sekeliling kita agar kemalangan tidak berlaku. Janganlah menjadi seorang yang lalai dan tidak mengawal perbuatan, pertuturan dan fikiran yang dipenuhi dengan sifat tamak, kegusaran dan kejahilan. Pihak Syarikat San Lu seharusnya mempunyai kesedaran bahawa melamine boleh membahayakan nyawa manusia. mereka tidak sepatutnya hilang kesedaran mereka dengan terlalu memikirkan cara cara mengaut keuntungan sehingga mengabai nyawa manusia. Mereka harus memastikan produk mereka tidak membawa kesan sampingan kepada pengguna untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment