Skandal susu China yang diakibatkan oleh Syarikat San Lu telah menyebabkan kematian kanak-kanak di China. Berita ini bukan sahaja menyebabkan ibu bapa yang mempunyai bayi berasa panic, malah masyarakat seluruh dunia juga membimbang akan produk-produk lain yang mengandungi melamine.
Melamine adalah bahan organic yang terdiri daripada karbon, oksigen dan nitrogen yang digunakan dalam bidang pembuatan resin plastic, bahan pembersih, gam, baja dan lain-lain. Malahan, Syarikat San Lu telah menggunakan melamine dalam penghasilan susu tepuk untuk menguat keuntungan tanpa menghiraukan aspek keselamatan dan kesihatan pengguna. Melamine merupakan bahan yang tidak larut dalam air, tetapi ia masih boleh disingkirkan melalui urin. Walaupun begitu, buah pinggang manusia adalah terhad, melamine dos yang tinggi akan menjejas fungsi pundi air jencing dan ginjal tidak lagi mampu menyinkirkannya dari tubuh badan. Oleh itu, kepekatan melamine semakin bertambah dan seterusnya membentuk batu karang yang boleh menyebabkan kegagalan ginjal yang serious.
Perbuatan Syarikat San Lu akan dibincangkan dalam kandungan tugasan ini melalui pandangan agama dan teori moral. Teori yang akan dibincangkan ialah utilitarianisme dan eksistensialisme, malah bagi aspek agama pula ialah agama Ialam dan Budhisme.
Sejak meletusnya perkara bahawa produk susu di Negara China mengandungi bahan organik iaitu melamin, ianya telah mendatangkan beberapa kesan kepada pihak yang tertentu. Pengguna mula berasa bimbang, pekilang susu mengalami kerugian yang teruk dan beberapa imej produk susu yang terkenal telah diburuk-burukkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia gagal menjalankan pemeriksaan dalam masa yang dijangka oleh pengguna selepas berlakunya susu Syarikat San Lu didapati mengandungi melamin. Akan tetapi, Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaparkan laporan pemeriksaan semua produk yang berkaitan dengan susu di laman web yang boleh dilayari oleh semua pihak bagi membekalkan maklumat yang terkini berkenaan dengan isu di atas. Perkara ini adalah patut dikenalpastikan dan amat membanggakan.
Produk susu di negara kita belum lagi sampai ke tahap yang serius seperti negara China. Seterusnya, kita masih hendak bergantung kepada Kementerian Kesihatan Malaysia supaya mendirikan lebih banyak bilik pemeriksaan dengan segera dan mempercepatkan pemeriksaan spesimen yang dikumpul. Ini bukan sahaja memberikan satu petunjuk yang jelas kepada pengguna-pengguna tentang keselamatan makanan, malah juga dapat menegakkan keadilan bagi peniaga-peniaga dan produk-produk yang disyaki beracun.
Skandal susu China 2008 adalah kes pertama mengenai kematian kanak-kanak di China akibat pengambilan susu yang dicemari kandungan melamine. Skandal ini telah menimbulkan suasana panik terutama di kalangan ibu bapa yang mempunyai bayi. Skandal susu China 2008 yang berlaku di Syarikat San Lu juga telah membongkarkan produk-produk lain yang bercampur melamine.
Skandal susu China 2008 bukan sahaja menjejaskan imej China, malah, juga menjejaskan reputasi produk-produk yang dibuat oleh China. Ini juga menyebabkan pengguna-pengguna menimbulkan perasaan ketakutan dengan produk-produk yang dibuat oleh China.
Syarikat San Lu mencampurkan bahan kimia yang beracun, melamine ke dalam produk susunya demi mengaut keuntungan yang lebih. Walaupun keuntungan Syarikat San Lu tinggi, tetapi mengabaikan kualiti produk-produk. Perbuatan Syarikat San Lu telah menyebabkan pengguna berasa kecewa.
Sebagai pengguna dalam hal ini diminta mendapatkan maklumat terkini dari Kementerian Kesihatan Malaysia. Contohnya, website, telefon, kenyataan akhbar. Pengguna dinasihatkan membaca label makanan sebelum membeli.
Langkah-langkah untuk mengelakkan makanan yang mengandungi melamine harus diambil perhatian oleh semua pihak. Kementerian Kesihatan Malaysia perlu menguji dengan teliti bagi makanan yang diimport dan mempaparkan isu-isu yang terkini untuk masyarakat. Peniaga-peniaga harus menyemak dengan teliti untuk semua barang makanan yang dibeli untuk dijual semula, malah pengguna harus selalu mengikuti perkembangan terbaru tentang produk makanan yang disyaki dan membaca isi kandungan makanan sebelum menggunakannya.
Sebagai kesimpulan, perbuantan Syarikat San Lu adalah tidak wajar dari aspek teori utilitarianisme, eksistensialisme, agama Islam dan Buddha. Syarikat San Lu telah menyebabkan seluruh dunia berada dalam situasi yang bimbang kerana masyarakat takut termakan makanan yang mengandungi melamine dan kesihatan dijejas atau membawa maut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment