Tuesday, December 2, 2008

Kegunaan Melamine

Seperti yang kita sedia maklum, melamine adalah bahan yang digunakan dalam pembuatan plastik, bahan pembersih, gam, baja dan lain-lain. Penggunaan melamine dengan jumlah tertentu dalam makanan dikatakan boleh mengaburi kandungan sebenar khasiat susu kerana kehadiran nitrogen yang tingggi dalam melamine akan memalsukan kandungan protein bagi memenuhi nilai yang ditetapkan bagi ujian protein dan kawalan kualiti pemakanan. Maka tidak hairanlah apabila pengeluar susu memilih jalan pintas untuk mengaut keuntungan tanpa menghiraukan aspek keselamatan dan kesihatan pengguna. Penambahan melamine dalam makanan adalah menyalahi undang-undang di bawah Akta Makanan 1983 dan Peraturan-Peraturan Makanan 1985.

Menurut AFIC, secara dasarnya melamine adalah selamat jika digunakan dalam jumlah yang rendah dan kajian yang dijalankan ke atas haiwan menunjukkan melamine tidak menyebabkan barah atau kecacatan kepada kehamilan. Melamine juga boleh diambil secara tidak sengaja menerusi pemindahan daripada bekas plastik yang mengandungi melamine kepada makanan atau minuman. Keadaan ini biasanya tidak memudaratkan.

Walaubagaimanapun, manusia masih tidak lagi berasa puas hati. Pencampuran melamin dalan susu tepung jenama Sanlu misalnya boleh mengeluarkan produk tenusu yang rendah kosnya tetapi tinggi protein. Sebenarnya, melamin boleh digantikan dengan bahan lain. Akan tetapi, melamin sering menjadi pilihan utama kerana ia dikeluarkan secara berlebihan di China. Oleh itu, melamin dapat diperolehi oleh pengeluar dengan harga yang terlampau murah. Dalam kes ini, cuma yang menjadi mangsa adalah bayi-bayi tidak berdosa itu. Akhirnya, pencampuran melamin dalam susu tepung jenama Sanlu telah membawa beberapa kesan negatif terhadap kesihatan bayi-bayi tersebut.

No comments: