Tuesday, December 2, 2008

Gejala Penyakit daripada Melamine

Sebagai langkah proaktif, Kementerian Kesihatan Malaysia ingin menasihati semua pakar perubatan dan pegawai perubatan sentiasa memantau sekiranya gejala masalah buah pinggang di kalangan bayi akibat keracunan melamin yang mungkin berlaku seperti:

· Bayi menangis tanpa sebab terutamanya ketika kencing
· Muntah-muntah
· Kencing berdarah (dapat dilihat dengan mata kasar atau melalui mikroskop)
· Kencing sedikit atau tidak kencing langsung
· Keluar batu karang semasa kencing
· Takanan darah tinnggi, sembab dan kesakitan bila terlanggar di bahagian ginjal
· Tanda-tanda hasil dari komplikasi masalah ginjal seperti demam yang tidak diketahui puncanya hasil dari jangkitan kuman/bakterimia atau disebabkan oleh stasis (WHO)

Keadaan seperti di atas jarang berlaku di kalangan kanak-kanak. Justeru itu, ini adalah penting untuk melaporkan kepada ibu pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kadar yang segera sekiranya mengesyaki gejala ini di kalangan kanak-kanak.

No comments: